- "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"
- "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"
- "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
- "Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"
- "Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan hanya tangan di dalam poket"
- "Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"
- "Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"
- "Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"
- "Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"
- "Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"
- "Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
No comments:
Post a Comment